Friday, October 8, 2010

MUSIM HAJI....KAPAL HAJI & ANOK KAPAL HAJI...

Lo nih ramai saing2 worih waroh ambo hok nok gi ke Mmekoh naik haji...alhamdulillah... kito pakat2 berdoa...biar selamat perjalane gi balik..mudoh seghemo uruse ibadat..dan dikurnia Allah haji Mabrur...insyaallah...

Ambo gak kalu masuk musim haji teringak ko susoh payoh mok & ayoh ambo buak haji zame dulu2...kito lo nih gi ke Mekoh naik kapal terbae...demo dulu2 gi ke Mekoh naik Kapal... ado sikit catatae pasal Haji zame dulu ambo nok kkosi...

" Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan. Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi. Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah. Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.

INFO: Nama Kapal haji
  • Mendam Berahi (abad ke-15)
  • Subulus Salam (1854),
  • Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
  • Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
  • Prometheus (1950-an),
  • Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).
Sumber: Berita Harian

Oghe dulu-dulu meme sabar...susoh payoh lagu mano pong...tuntute agamo keno buat...hok tu ambo respek tuh...& hok ambo sangat2 kagum, respek & banggo nyo... mace mano mok ambo buat Haji dale keadaan dio mengandungke ambo dale perut??...ambo tok leh nok baye...susohnyo laa...tapi Allah bagi kekuatae...alhamdulillah Haji sempurna walaupun dok bowok baby dale perut ...& maso "on-the-way" balik Malaysia...ditengah2 lautan... lahirlah seorang bayi lelaki disambut gembiro oleh ibu, bapa, "ship's surgeon", kapten kapal, sedaro maro dan penumpang2 kapal Haji Malaysia Kita......& sapa ko lo nih pong mok ambo bilo juppo saing2 lamo hok gi ke Mekoh sekali...dio dengae syukur & banggo nyo akae ghoyak...."NI LA ANOK AMBO HOK BERANOK ATAH KAPAL HAJI DULU.....




5 comments:

School Of Tots said...

Assalamualaikum Sdra Achu Tra, cabaran datuk nenek kita dulu untuk mengerjakan ibadah haji dgn menaiki kapal ni sangat besar. Ramai yg berkubur di laut kerana meninggal semasa di perjalanan itu. Namun keutuhan iman untuk menunaikan Rukun Islam mengatasi segala cabaran itu. Hebat hebat. Kita kini dgn pelbagai kesenangan dan kemudahan bagaimana pula?

abah aman said...

salam cikgu,
Subhanallah... ruponya cikgu doh gi mekkoh maso dalam perut lagi laa... Sekalung penghargaan buat ibu cikgu yang begitu cekal melakukan tuntutan agama walau dalam keadaan mengandung. Abah turut berbanggo...

Achu Tra said...

ust SOT...tok leh nok banding cabaran mok ayoh kito zame dulu2...dgn zame lo ni...kemudahan & kesenangan menjadikan kito manusia hok mudoh leka & cepat hile sabar...wallhua'lam

Achu Tra said...

salam abah...t kasih...ambo tiap kali musim haji tbaye susohnyo mok ambo dok bowok ambo dale perut dulu...besarnyo pengorbanan soghe ibu...syukur banyok2 kpd Allah hok mempermudohkae urusan hamba2Nyo ...alhamdulillah

Anonymous said...

Salam
Mak sy pun lahir atas Kapal Kuala Lumpur waktu nenek nak pg Mekah pd tahun 1961. Tp xsilap sy masa baru nak pergi. Dan yg uniknya nama mak sy Seri Kuala Lumpur. Hehe. Mak sy selalu merajuk bila ada org pertikaikan namanya ;)

Saja mahu kongsi ;)