Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Kareem...

Salam Ramadhan ko seghemo saing2 ambo....mitok maaf bbanyok ado gapo2 saloh silap....moga Ramadhan kali ni lebih bermakno....maghi kito pakat2 sising lenge baju dan "all-out" cari bekale untuk kito bowok seksok....insyaallah....Ramadhan Kareem seghemo!!!

Sunday, July 17, 2011

Al-Fatihah - Al Marhumah YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter. Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

Friday, July 15, 2011

Lawe Ggasi...


1st game lawe ggasi BPL.. Arsenal....keno 4 butir...hari nih lawe Liverpool...kito tunggu tengok lagu mano...Rajagopal kato..."rakyat Msia mesti bagi sokongan kepada Msia lah, dan hari ni kita akan pakai jersi Biru"

**sepatutnyo game hari Sabtu kena pakai baju KUNING....baru meriah....Rajagopal gak ehh....


Saturday, July 2, 2011

Hmmm...


Sapo2 hok dok buat mee colour nih keno tukar laa deh....kalu tidok gak....!!!