Monday, February 15, 2010

FITRAH MANUSIA PERLU HIBURAN



KOTA BHARU, 15 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Islam tidak pernah menghalang hiburan memandangkan fitrah manusia itu sendiri memerlukan hiburan.

Menurutnya, apa yang berlaku kini penganjur itu sendiri yang menyalah ertikan konsep hiburan pada masyarakat dengan membawa sesuatu perkara negatif dengan wajah hiburan.

Dalam pada itu, penulis novel Ayat-Ayat Cina, Habiburrahman Al-Syirazy dan pengacara, Wardina Syafiyyah, mengunjungi beliau tengah hari semalam.

Mereka berpeluang mengunjungi Tuan Guru di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10, sempena majlis ‘Bicara Selebriti’ anjuran kerajaan negeri yang akan diadakan di KB Mall pada petangnya.

Turut diundang pada bicara selebriti yang julung kali diadakan itu seorang pengacara, Farah Adeeba. Program bicara berkenaan dipengerusikan Amin Idris.

Wardina memberitahu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kesempatan itu sehingga dapat bertemu dengan Menteri Besar itu secara dekat.

Menurutnya, sebelum ini beliau hanya mengenali Tuan Guru dari jauh.

“Namun secara peribadi saya ingin nyatakan bahawa Tuan Guru begitu mengagumkan saya, kerana personaliti Tuan Guru yang begitu hebat,” ujarnya.

Beliau diiringi suami, Ikhwan Johari.

Sumber: Harakah Daily




* masyaallah...seghemo oghe suko buleh juppo tok guru.....



**...teringat ambo maso akad nikoh dulu...."bertentang" mata dgn Tok Guru...

6 comments:

RinG said...

woh hebat mr achutra bleh nikod tok guru jong akad nikoh.

Achu Tra said...

bro ring...tu laa rezeki...maso tu awal2 tok guru jd MB...alhamdulillah...

zul permatang badak said...

bertuah demo.....murah rezeki.....

Achu Tra said...

Zul PB...alhamdulillah..

School Of Tots said...

Alhamdulillah, berkat tu insyaAllah. Semoga berbahagia sampai ke penghujung, hingga ke Syurga bersama isteri dan keluarga tercinta.

Achu Tra said...

SOT...insyaallah moga kito seghemo buleh juppo di syurga...